Ahad, 16 Jun 2013

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI KOPERASI GURU MELAYU PAHANG SELATAN BHD.


KAMI WARGA KOPERASI GURU MELAYU PAHANG SELATAN BERHAD 
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI YANG HADIR KE MESYUARAT AGUNG DAN SETA BERSAMA KAMI PADA 16 JUN 2013 YANG LALU . SEMOGA KITA DAPAT  MENINGKATKAN LAGI KEUNTUNGAN KOPERASI KITA BERSAMA. 




  • MOH!!! MAJUKAN KOPERASI KITA



  • SAGUMPAS BOLEH!!! 









































Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU 
 USMAN AWANG

GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala   
umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



Isnin, 25 Mac 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-60

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Ke-60 Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad akan diadakan pada 16 Jun 2013(AHAD) jam 8.30 pagi bertempat di DEWAN SRI MENTAKAB.