Isnin, 5 November 2012










APABILA kita berkata, kita akan menggunakan mulut (bahasa lisan), menggunakan hati (bahasa qalbu), menggunakan minda (bahasa pemikiran). Jika ketiga-tiganya digunakan ketika bertutur, ertinya kita ikhlas dan akan diredhai Allah, dan sekiranya kita hanya menggunakan satu atau dua sahaja dari bahasa tersebut, ertinya kita tak jujur dalam memperkatakan sesuatu, dan akan mengundang kemurkaan Allah.


SEJARAH PENUBUHAN SAGUMPAS.

Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan telah ditubuhkan dengan rasminya, di bawah Ordinan Koperasi Malaysia pada 28 Oktober 1952, dengan nombor pendaftaran 1800.

Sagumpas adalah tempat mengadu untuk mendapat pertolongan kewangan di masa lalu, mungkin juga di masa kini. Masa bujang mungkin untuk membeli basikal reiley, masa menuju gerbang perkahwinan mungkin untuk belanja kenduri walimatulurus, dan bila anak hendak melanjutkan pelajaran Sagumpas juga tempat mengadu. Bila sudah berkeluarga rumah hendak di beli , Sagumpas juga tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sagumpas seolah-olah sebuah bank bagi guru dengan pinjaman mudah.

Kini, Sagumpas telah berusia mencecah 61 tahun pada tahun ini. Begitu banyak jasa nya kepada ahli-ahlinya, kerana kini Sagumpas telah beroperasi pula dalam lapangan memajukan projek perumahan, kedai buku, kedai tayar, memberi derma siswa kepada ahli dan anak-anak ahli, selain dari berbagai pinjaman mudah bayar dengan bayaran perkhidmatan yang sedikit.

 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.


  • JUALAN BUKU CERITA,JUDUL-JUDUL AM,BUKU RUJUKAN DAN LATIHAN
  • JEMPUTAN KE PAMERAN BUKU 
  • PERALATAN PEJABAT DAN SEKOLAH
  • PERALATAN KEBUN SEKOLAH
  • PENGEDAR BUKU DEWAN BAHASA(DBP)
PAMERAN BUKU
          WOW...!!! HARGA MEMANG HEBAT.
          
Sebarang pertanyaan

HUBUNGI KAMI : 09-2965477 
FAKS                      : 09-2965478
EMAIL : sagumpas2u@yahoo.com.my  









  • PERKHIDMATAN SERVIS KENDERAAN DAN TAYAR BERMACAM-MACAM JENAMA TAYAR 
          JOM..! KUNJUNGI KAMI
           TEL: 09-2774808

          PERH!!! HARGA MEMANG POWER  

          ( BUAT AHLI COOP INI SAHAJA )

GAMBAR BANGUNAN HAK MILIK KOPERASI SAGUMPAS
                                                                        

KEDAI TAYAR






KEDAI BUKU





DI BENTONG

JENGKA PUSAT


MENTAKAB
F-44 JALAN KUANTAN

C12 JALAN KUANTAN



DI JALAN TAN SRI YAHYA TEMERLOH































1 ulasan: